Hua Ho Football Fiesta 2016 sempena UEFA

Hua Ho Football Fiesta 2016 sempena UEFA

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Bersempena dengan Kejohanan Bolasepak UEFA 2016 yang akan datang tidak lama lagi, Hua Ho menganjurkan Pertandingan Futsal 5 Sepasukan ‘Hua Ho Football Fiesta 2016’ yang akan diadakan di aras bawah Hua Ho Manggis bermula 25 Mei ini nanti.

Menurut Pengurus Pemasaran, Jonathan Yap Soon Lee semasa sidang media yang diadakan petang tadi, tahun lepas mereka sudah berjaya mengadakan perlawanan Fussball dan mendapat respon yang baik dan katanya “sekarang kami ingin menukar dengan lebih baik lagi dengan mengadakan perlawanan futsal dengan rakan penganjur kami.”

Perlawanan itu akan dibahagikan kepada dua kategori dan iaitu bagi belia dan Kategori Terbuka You.C1000 dan setiap kategori mengandungi 32 pasukan.

Yuran kemasukan dikenakan sebanyak $70 kepada peserta yang berumur 17 tahun kebawah, manakala yuran bagi kategori terbuka You.C 1000 adalah sebanyak $150 dan dibukakan kepada orang ramai tanpa had umur, ujarnya lagi.

Penganjur dan kakitangan Hua Ho bergambar ramai bersama poster pertandingan futsal tersebut.
Penganjur dan kakitangan Hua Ho bergambar ramai bersama poster pertandingan futsal tersebut.

Hadiah bagi kategori belia akan menerima baucar Sugarbun bernilai $150 bagi pemenang pertama, tempat kedua $120 dan tempat ketiga $80 termasuk pingat dan sijil. Manakala, bagi Kategori Terbuka You.C1000 akan menerima baucer membeli-belah Hua Ho bernilai $500 bagi tempat pertama, $300 bagi tempat kedua dan $200 bagi tempat ketiga termasuk pingat dan sijil.

Selain perlawanan futsal, Hua Ho juga akan mengadakan sesi pendermaan darah yang dianjurkan oleh Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) dan JPMC pada 25 dan 27 Mei, 2 dan 4 Jun dengan kerjasama Pusat Promosi Kesihatan dan menawarkan pemeriksaan kesihatan badan kepada orang ramai.

Untuk keterangan lanjut mengenai perlawanan ini, orang ramai boleh mengikuti INstagram @huahosymb dan @huahosports atau Facebook melalui www.facebook.com/huahosymbOFFICIAL.