Huawei hantar pelajar ke China

Huawei hantar pelajar ke China

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mei – Syarikat teknologi Huawei di sini, sekali lagi menaja enam orang pelajar Universiti Brunei Darussalam dan Universiti Teknologi Brunei bagi lawatan sambil belajar ke China.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Huawei bagi Program Seeds for the Future di Negara Brunei Darussalam yang memupuk kemahiran ICT dan telekomunikasi pesertanya yang bermula pada tahun lalu.

Enam pelajar itu berlepas ke China baru-baru ini selepas lulus temu duga yang dikendalikan Huawei.

Hadir bagi mengucapkan selamat belayar ialah wakil Kedutaan China di Brunei, Kaunselor dan Timbalan Ketua Misi, Fu Feng dan Fang Jia Wen.

Semasa berada di China, mereka berpeluang meneroka kemajuan teknologi dan trend semasa di China, operasi perniagaan global Huawei dan laluan kerjaya ICT.

Gambar ramai pelajar sebelum berangkat meninggalkan Negara Brunei Darussalam.
Gambar ramai pelajar sebelum berangkat meninggalkan Negara Brunei Darussalam.

ARTIKEL YANG SAMA