Huawei mahu dipandang hebat

Huawei mahu dipandang hebat

SHENZHEN, China, 17 Mei (AP) – Syarikat teknologi China Huawei mahu warga Amerika mula memikirkan ia sebagai jenama telefon pintar yang penuh gaya.

Huawei Technologies Ltd., yang menarik diri daripada pasaran AS untuk rangkaian peralatan pertukaran empat tahun lalu disebabkan kebimbangan keselamatan, menjadi penjual telefon pintar global nombor 3 pada tahun lalu dan memintasi Apple di China.

Pada tahun ini, ia melancarkan telefon pintar baru, P9, dan sedang mengambil tempat untuk bersaing dengan Apple dan Samsung.

“China masih belum mewujudkan jenama pengguna mewah. Kami mahu mencapai matlamat tersebut,” beritahu Eric Xu, salah seorang daripada tiga CEO Huawei yang menyandang jawatan tersebut secara bergilir-gilir, kepada penganalisis industri pada satu mesyuarat pada April.

Untuk melakukannya, Huawei mesti mencatat kejayaan dalam pasaran kedua terbesar Amerika Syarikat untuk handset selepas China, menyumbang kepada satu perenam daripada jualan global, menurut penganalisis industri.

Di sana, ia bermula tanpa saham pasaran dan satu nama di mana pengguna, jika mereka tahu, mungkin mengaitkannya dengan kebimbangan mengenai pengintipan China dan bukannya teknologi dan gaya.