Huawei rai peserta Program Seed

Huawei rai peserta Program Seed

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Sept – Syarikat Huawei Techonolgies Brunei Sdn Bhd semalam meraikan delegasi Brunei Darussalam yang menyertai Program Seed for The Future yang berlangsung di Beijing dan Shenzen bulan lalu.

Hadir selaku tetamu kehormat ke majlis yang berlangsung di Restoran iLotus itu ialah Ketua CSR Huawei, Holy Ranaivozanany, Pengarah CSR Huawei Ivian Zhao dan Pengurus Perhubungan Awam, Will Lee serta perwakilan dari Pejabat Huawei di Brunei, Kitty Yong.

Turut hadir ialah perwakilan dari Kementerian Pendidikan, Universiti Brunei Darussalam dan juga Institut Teknologi Brunei yang merupakan sebahagian daripada delegasi negara.

Ia juga dihadiri Kaunselor Kedutaan Besar China, Fang Xinwen dan perwakilan Huawei.

Antara yang menghadiri majlis meraikan peserta Program Seed Huawei, kelmarin.
Antara yang menghadiri majlis meraikan peserta Program Seed Huawei, kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA