Huawei saman Samsung

Huawei saman Samsung

HONG KONG, 25 Mei – Gergasi teknologi China Huawei Technologies Co Ltd hari ini memfailkan saman ke atas Samsung Electronics Co Ltd (Samsung) kerana didakwa melanggar paten sambungan tanpa wayar telefon pintar.

Huawei memfailkan tuntutan saman kes pertama seumpamanya oleh firma China ke atas pembuat telefon terbesar dunia itu di Amerika Syarikat (AS) dan China menuntut pampasan dalam apa yang dikatakannya penggunaan tanpa lesen teknologi komunikasi selular generasi keempat (4G), sistem operasi dan perisian antara muka dalam telefon Samsung.

“Pilihan kami yang sangat kuat adalah untuk menyelesaikan pertikaian pelesenan melalui rundingan,” William Plummer, Naib Presiden Hal-Ehwal Luar Huawei yang berpangkalan di Amerika Syarikat memberitahu AFP.

“Adalah malang apabila kami perlu mengambil laluan ini tetapi apabila anda pemimpin dalam industri ini dalam membuat pelaburan untuk membangunkan teknologi ini, melindungi pelaburan sangat penting.”

Plummer berkata Huawei telah mencapai perjanjian untuk melesenkan paten bagi kebanyakan firma teknologi global lain termasuk Apple, Qualcomm dan Ericsson.

pg19_160526_a

Huawei di belakang Samsung sebagai pembuat peranti mudah alih, tetapi firma China itu mempunyai rangkaian perniagaan yang besar dan untuk kajian tahun lepas mereka membelanjakan lebih AS$9 bilion.

“Kami berharap Samsung akan berhenti melanggar paten kami dan memperoleh lesen diperlukan daripada Huawei dan bekerja bersama kami bagi memacu industri ke hadapan,” kata Presiden Jabatan Hak Harta Intelek Huawei, Ding Jianxing, dalam satu kenyataan.

Tuntutan itu menandakan satu peranan berbalik di China di mana firma di negara itu sering terbabit dapat pertelingkahan pelanggaran paten.

Dalam telefon pintar, pembuat berkembang pantas sejak beberapa tahun kebelakangan ini namun undang-undang harta intelek berbeza di luar China, melambatkan pengembangannya ke luar negara.

Tahun lalu Xiaomi Inc dipaksa secara seketika menghentikan jualan telefon bimbit di India selepas aduan pelanggaran paten daripada pembuat peralatan telekomunikasi, Ericsson.

Dalam industri telefon pintar lebih luas, ada beberapa pelanggaran paten sejak beberapa tahun lalu, paling nyata antara Samsung dan lawannya di AS, Apple Inc.

Apple menyaman Samsung di AS pada 2011, mendakwa pembuat Korea itu menggunakan teknologi tidak berlesen dan meniru reka bentuk iPhone. Kedua-duanya masing-masing memfailkan saman antara satu sama lain di beberapa negara. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA