Huawei, StarHub uji kaji liputan 4G terpantas dunia

Huawei, StarHub uji kaji liputan 4G terpantas dunia

SINGAPURA, 11 April (Xinhua) – Huawei China dan telekomunikasi Singapura StarHub hari ini memperlihatkan ‘secara langsung’ bagi siaran liputan dalaman (kawasan tertutup) 1 Gbps terpantas di dunia, memecahkan tahap baru dalam kelajuan 4G.

Kejayaan ini datang selepas StarHub mengatur strategik bagi penyelesaian sel kecil Huawei sebagai sebahagian daripada penaikan taraf 4G LTE-Advanced heterogen Network (HetNet) di Marina Bay Sands Singapura tahun lepas.

Penyelesaian sel kecil boleh membantu meningkatkan kualiti rangkaian dengan cepat dan berkesan dari segi kos, menyediakan pelanggan dengan data kelajuan yang lebih cepat walaupun berada di dalam bangunan dan di kawasan yang sesak.

ARTIKEL YANG SAMA