Hubungan 65 tahun AS-Filipina ‘tirai besi’

Hubungan 65 tahun AS-Filipina ‘tirai besi’

HANOI, Vietnam, 30 Sept – Setiausaha Pertahanan AS Ash Carter menyifatkan perikatan AS-Filipina sebagai tirai besi, sehari selepas Presiden Filipina berkata latihan bersama ketenteraan dengan AS akan berakhir.

“Kerana ia telah berterusan selama berdekad-dekad, perikatan kami dengan Filipina adalah tirai besi,” kata Carter semalam dalam ucapan di San Diego, dalam perjalanannya untuk menghadiri satu mesyuarat di Hawaii bersama-sama menteri-menteri pertahanan dari Asia Tenggara, yang termasuklah Filipina.

Presiden Filipina Rodrigo Duterte Rabu lalu berkata latihan bersama pasukan tentera Filipina dan Amerika pada minggu depan adalah yang terakhir, meskipun setiausaha luar beliau segera mengatakan keputusan itu belum muktamad.

Duterte membuat ulasan itu, ketika berucap kepada anggota masyarakat Filipina di Hanoi ketika lawatan dua hari ke Vietnam. Beliau mengatakan Filipina akan mengekalkan perikatan ketenteraannya dengan AS kerana mereka berkongsi perjanjian pertahanan bersama yang berusia 65 tahun.

Pemerintah Tentera Laut AS Gary Ross, jurucakap Pentagon, mengakui laporan tentang kenyataan Duterte itu, namun tidak mengulas secara langsung tentangnya.

“Hubungan kami dengan Filipina adalah luas dan perikatan kami adalah salah satu hubungan paling dapat bertahan dan penting di rantau Asia Pasifik,” katanya, dalam kenyataan yang dihantar melalui e-mel, dengan menambah kata bahawa AS akan terus bekerjasama dengan Filipina dalam usaha mencegah pengganasan dan bidang-bidang lain yang menjadi kepentingan bersama.

Duterte berkata beliau mahu menubuhkan perikatan komersial dan perdagangan baru dengan China dan Rusia, dan Beijing tidak mahu perang olok-olok.

“Saya akan memberikan makluman kepada kamu sekarang bahawa latihan ketenteraan ini adalah akan yang terakhir,” katanya “Bersama-sama, Filipina-AS, yang terakhir.” – AP

ARTIKEL YANG SAMA