Hubungan ASEAN, China lebih positif

Hubungan ASEAN, China lebih positif

SINGAPURA, 25 Julai – Hubungan di antara Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dan China kini dalam “haluan yang lebih positif, selepas kumpulan itu mengeluarkan kenyataan bersama hari ini, kata Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan.

Dalam satu siaran di Facebook, Balakrishnan berkata perjanjian itu dicapai dalam satu kenyataan bersama pada pelaksanaan penuh dan berkesan terhadap Pengisytiharan Parti-parti di Laut China Selatan. “Ini akan membantu untuk melindungi keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan,” tulis beliau.

Beliau menyebut bahawa bahagian paling mencabar dalam rundingan-rundingan itu adalah penggubalan perenggan kedua dalam kenyataan itu, yang menyatakan: “Kami mengesahkan semula komitmen bersama kita untuk mengekalkan dan mempromosi keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau itu, dan juga resolusi pertikaian secara aman, termasuk penghormatan penuh bagi proses-proses undang-undang dan diplomatik, tanpa perlu ancaman atau penggunaan kekerasan, mengikut prinsip yang diiktiraf undang-undang antarabangsa, termasuk Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 1982 dalam Undang-undang Laut (UNCLOS).”

Menteri Luar Singapura (dua kanan) berjabat tangan bersama Menteri Luar China. – AFP
Menteri Luar Singapura (dua kanan) berjabat tangan bersama Menteri Luar China. – AFP

Menteri Luar itu kemudian berkata ini adalah “kenyataan penting bagi prinsip yang berbaloi untuk ditekankan” dan ia ditujukan kepada cabaran terhadap negara kecil seperti Singapura.

“Perpaduan ASEAN adalah penting buat pemusatan ASEAN dalam membentuk seni bina strategik serantau,” tambah Balakrishnan.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyebut terhadap keputusan pada 12 Julai mengenai Laut China Selatan oleh tribunal antarabangsa di the Hague yang tidak memihak kepada China. Ia datang selepas beberapa laporan menyatakan Kemboja telah menentang kata-kata keputusan itu bagi satu kenyataan bersama. – NNN

ARTIKEL YANG SAMA