Hubungan Brunei, AS terus kukuh

Hubungan Brunei, AS terus kukuh

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Julai – Hubungan dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat (AS) akan terus dikukuhkan lagi dalam pelbagai bidang termasuk hubungan di antara rakyat kedua buah negara.

Usaha untuk meningkatkan hubungan dan kefahaman di antara rakyat itu dapat direalisasikan menerusi kerjasama dalam pelbagai projek bersama yang melibatkan rakyat dari kedua-dua buah negara.

Perkara itu antara yang dikongsi oleh Pegawai Perhubungan Awam Kedutaan Amerika Syarikat di Negara Brunei Darussalam, Catherine Muller semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kedutaan Amerika Syarikat di Negara Brunei Darussalam dan Resepsi bagi Pegawai Perhubungan Awam baru yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, hari ini.

Muller berkata, menerusi majlis sambutan itu, ia memberikan peluang baginya untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Brunei dan juga mengenali rakan-rakan kerja strategik kedutaan dalam pelbagai program dan isu berkepentingan bersama.

Beliau juga melahirkan perasaan amat gembira untuk mempelajari lebih banyak mengenai Brunei dan untuk terus bekerjasama dengan komuniti setempat. Di samping itu, beliau berharap untuk meneruskan usaha mengukuhkan hubungan dua hala di antara Brunei dan Amerika Syarikat menerusi hubungan di antara rakyat kedua-dua buah negara.

Majlis sambutan Hari Raya dan resepsi itu dihadiri oleh tetamu-tetamu yang terdiri daripada usahawan, ahli-ahli persatuan bukan kerajaan, alumni pelbagai program di bawah Amerika Syarikat dan ahli-ahli media tempatan di mana ia bukan sahaja memberikan peluang bagi para tetamu untuk bertemu dengan pegawai perhubungan awam baru kedutaan tetapi untuk menge-ratkan lagi hubungan silaturahim di antara para jemputan.

Catherine Muller bergambar ramai dengan wakil-wakil daripada agensi media tempatan.
Catherine Muller bergambar ramai dengan wakil-wakil daripada agensi media tempatan.

ARTIKEL YANG SAMA