Hubungan China-Jepun bertambah baik tapi masih rapuh

Hubungan China-Jepun bertambah baik tapi masih rapuh

BEIJING, 16 Mac (Reuters) – Hubungan antara China dan Jepun telah bertambah baik tetapi masih dalam keadaan rapuh, kata Perdana Menteri China Li Keqiang pada sidang akhbar hari ini pada akhir mesyuarat tahunan Parlimen.

Hubungan antara kedua-dua ekonomi terbesar di Asia itu telah tegang yang mana China memandang Jepun telah gagal menebus peperangan masa lalu mereka, dan juga pertikaian wilayah yang semakin meningkat di Laut China Timur.

“Terdapat beberapa tanda-tanda peningkatan dalam hubungan China-Jepun, tetapi ia tidak sepenuhnya dirasmikan lagi,” kata Li. “Ia masih rapuh.”

“Kami percaya bahawa ia adalah penting untuk mematuhi persetujuan yang dicapai oleh kedua-dua pihak mengenai isu prinsip yang melibatkan sejarah, dan apa yang lebih penting adalah memadankan pandangan seseorang itu dengan tindakan yang konkrit,” katanya.

Walaupun hubungan telah rapuh, dengan permesyuaratan di antara Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan Presiden China, Xi Jinping, Beijing masih mencurigai Jepun terutama pergerakan Abe untuk membenarkan tentera melawan di luar negara buat kali pertama sejak peperangan.

Menteri Luar China berkata pada awal bulan ini bahawa terdapat sedikit pandangan optimis dalam hubungan dengan ‘dua muka’ Tokyo akan bertambah baik, walaupun beliau mengakui adanya tanda-tanda pemulihan.

Jepun juga telah mengawasi aktiviti China di Laut China Selatan, di mana China mempunyai pertikaian wilayah dengan beberapa negara-negara Asia Tenggara. Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga berkata pada Februari lalu bahawa Jepun sedang mengumpul dan menganalisis maklumat mengenai langkah China di sana dengan ‘kepentingan yang serius’.

ARTIKEL YANG SAMA