Hubungan dengan Vietnam mampu harungi gangguan

Hubungan dengan Vietnam mampu harungi gangguan

HANOI, 6 Nov (Reuters) – China dan Vietnam adalah negara jiran sosialis yang mempunyai hubungan baik dengan sejarah perhubungan revolusi yang lama dikongsi sama dan seharusnya mampu melenyapkan ‘gangguan’ dan bertahan darinya dalam hubungan kedua-duanya, Presiden China Xi Jinping memberitahu parlimen Vietnam hari ini.

Kedua-dua negara yang diterajui komunis itu juga bersaingan dalam menuntut Laut China Selatan, yang meruncing tahun lalu dengan perletakan pelantar minyak oleh Beijing di perairan pantai Vietnam, yang membawa kepada rusuhan anti China di Vietnam.

Lawatan Xi tepat pada masanya, bermatlamat pada membina semula hubungan di tengah beberapa ketidakpastian tentang apakah jenis pemimpin yang akan muncul dari kongres parti ini setiap lima tahun pada Januari. Parti ini lazimnya mempunyai hubungan dengan Beijing, tetapi kini menerima tumpuan Barat yang tidak pernah diterimanya sebelum ini.

Berucap di Dewan Perhimpunan Kebangsaan di Hanoi, Xi merujuk wira kemerdekaan Vietnam, Ho Chi Minh dan persahabatannya dengan pengasas China moden, Mao Zedong, dan sistem politik sama mereka.

Xi berkata “China dan Vietnam dihubungkan dengan gunung dan air saya dan persahabatan antara kedua-dua insan ini pada era lama.”

“Dalam perjuangan bagi kemerdekaan kebangsaan dan kebebasan kami berjuang seiringan dan saling sokong menyokong antara satu sama lain dalam membentuk persahabatan yang kukuh.”

China memberi tumpuan utama pada hubungannya dengan Vietnam dan mahu mereka meneruskan pada laluan stabil, tambah Xi.

“Parti, negara dan rakyat kita seharusnya utuh dalam keyakinan mereka, membantu antara satu sama lain dan bergerak seiringan, tidak membiarkan sesiapa pun mengganggu langkah kita,” ujarnya.

ARTIKEL YANG SAMA