Hubungan dua hala diperkukuhkan

Hubungan dua hala diperkukuhkan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Ogos – Dalam usaha untuk mengukuhkan dan meningkatkan lagi kerjasama dua hala negara dengan Republik Sosialis Vietnam dalam bidang ekonomi dan perdagangan, satu memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani oleh kedua-dua negara di The Empire Hotel & Country Club, di sini, hari ini.

MoU tersebut telah ditandatangani oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan (KHELNP) Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Perindustrian dan Perdagangan Republik Sosial Vietnam semasa Forum Perniagaan Brunei Darussalam-Vietnam.

Menyaksikan majlis penandatanganan itu ialah Presiden Republik Sosialis Vietnam, Tran Dai Quang, di mana menandatangani bagi pihak KHELNP Brunei Darussalam ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng, manakala bagi pihak Kementerian Perindustrian dan Perdagangan Vietnam ialah Menteri Perindustrian dan Perdagangan Vietnam, Tran Tuan Anh.

Sesi bertukar dokumen di antara Yang Berhormat Pehin Lim Jock Seng dan Tran Tuan Anh sambil disaksikan oleh Presiden Tran Dai Quang. – Gambar oleh Muiz Matdani
Sesi bertukar dokumen di antara Yang Berhormat Pehin Lim Jock Seng dan Tran Tuan Anh sambil disaksikan oleh Presiden Tran Dai Quang. – Gambar oleh Muiz Matdani

MoU itu ditandatangani sempena lawatan Presiden Republik Sosialis Vietnam itu selama tiga hari ke Negara Brunei Darussalam.

MoU tersebut dijangka dapat meningkatkan lagi usaha kerjasama dua hala dalam bidang ekonomi dan perdagangan yang telah mula dilaksanakan melalui Perjanjian Perdagangan di antara kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerajaan Republik Sosialis Vietnam yang telah dimeterai pada 12 November 2001.

ARTIKEL YANG SAMA