Hubungan ekonomi AS-Eropah tegang

Hubungan ekonomi AS-Eropah tegang

WASHINGTON, 25 Sept – Dengan pertikaian berhubung Apple dan Bank Deutsche dan pergaduhan tentang Airbus dan Boeing, pilihan raya yang semakin hampir di kedua belah Atlantik ini, memburukkan lagi ketegangan dalam hubungan ekonomi AS-Eropah.

Kontroversi baru-baru ini berhubung mengenakan cukai ke atas pengeluar iPhone pasti mengungguli situasi. Keputusan pihak berkuasa Eropah pada lewat Ogos lalu untuk memaksa Apple syarikat gergasi Amerika itu untuk membayar cukai AS$14.5 bilion kepada Ireland telah mengundang kemarahan para pegawai di Washington dan masih menyakitkan.

Setiausaha Perbendaharaan AS Jacob Lew berulang kali melahirkan rasa hairannya dan secara terbuka menuduh pihak Eropah ‘tidak seimbang’ menumpu pada perbadanan-perbadanan AS.

Sebaliknya, penyelesaian AS$14 bilion yang dicadangkan oleh Jabatan Keadilan AS dengan Bank Deutschw berhubung perdagangan dalam terbitan sekuriti yang disokong gadai janji telah mengundang kejengkelan di Eropah, yang mana sebilangan pihak menuduh Washington bersikap keras terhadap bank-bank asing.

Gambar fail pada 22 September 2016 menunjukkan Jacob Lew ketika bercakap di Capitol Hill di Washington, sebelum pembentangan mengenai “Laporan Tahunan Majlis Pemantauan Kestabilan Kewangan.” - AP
Gambar fail pada 22 September 2016 menunjukkan Jacob Lew ketika bercakap di Capitol Hill di Washington, sebelum pembentangan mengenai “Laporan Tahunan Majlis Pemantauan Kestabilan Kewangan.” – AP

Menambah lagi ialah kemenangan AS di Pertubuhan Perdagangan Dunia minggu ini dalam usaha berhubung subsidi awam Eropah yang dikatakan tidak sah kepada Airbus.

Perkara ini belum lagi dimuktamadkan tetapi AS secara teorinya boleh menuntut berbilion-bilion dolar bagi ganti rugi dari Eropah.

Selain itu, rundingan berhubung Perdagangan Rentas Atlantik dan usaha sama pelaburan yang akan bermula dalam tempoh seminggu di New York, juga gagal, bukan hanya kerana berbeza pendirian, tetapi juga kerana kalendar.

Pihak Amerika masih menegaskan bahawa perjanjian boleh ditandatangani sebelum akhir tahun ini ketika Presiden Barack Obama masih lagi presiden. Pihak Eropah kini mengatakan ini ‘tidak realistik’ – AFP