Hubungan erat mudahkan penyelesaian

Hubungan erat mudahkan penyelesaian

Oleh Sim Y. H.

 

TUTONG, 26 Julai – Hubungan yang erat di antara para pemimpin akar umbi membabitkan penghulu, ketua kampung, ketua rumah panjang serta ahli persatuan dengan Jabatan Daerah Tutong amat penting kerana segala permasalahan rakyat dan penduduk dapat disuarakan serta perbincangan dapat dibuat untuk menyelesaikan bersama masalah berkenaan.

Di samping itu juga, hubungan yang akrab tersebut tidak hanya terhad kepada hubungan di antara penduduk mukim dan kampung, pemimpin akar umbi dan Jabatan Daerah Tutong sahaja tetapi juga melibatkan hubungan dengan agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta di mana semua pihak memainkan peranan yang sama penting dalam mencapai hasrat yang sama iaitu untuk memeduli kesejahteraan penduduk daerah serta membangunkan Daerah Tutong bersama.

Dalam hubungan itu, melalui kegiatan-kegiatan seperti majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Jabatan Daerah Tutong bersama pemimpin-pemimpin akar umbi, dipercayai bukan sahaja akan dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim di antara Pejabat Daerah dengan pemimpin akar umbi tetapi juga menjadi platform untuk mengadakan pertukaran idea dan dialog yang berkesan.

Dalam masa yang sama, majlis rumah terbuka itu juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim serta perpaduan di antara semua pihak bukan sahaja pemimpin akar umbi tetapi juga pihak-pihak yang berkenaan dari sektor swasta dan juga sektor awam.

Perkara itu dijelaskan oleh Pegawai Daerah Tutong, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali dalam temu bual bersama Media Permata semasa Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Jabatan Daerah Tutong yang diadakan di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong, hari ini.

Awang Wardi serta isteri bergambar-ramai dengan para pengunjung di pameran 3D Daerah Tutong.
Awang Wardi serta isteri bergambar-ramai dengan para pengunjung di pameran 3D Daerah Tutong.
Para pengunjung lelaki tidak melepaskan peluang bergambar-ramai bersama-sama Awang Wardi.
Para pengunjung lelaki tidak melepaskan peluang bergambar-ramai bersama-sama Awang Wardi.
Para pengunjung wanita tidak melepaskan peluang bergambar-ramai dengan isteri Pegawai Daerah Tutong, Dayang Norafidah binti Ahad.
Para pengunjung wanita tidak melepaskan peluang bergambar-ramai dengan isteri Pegawai Daerah Tutong, Dayang Norafidah binti Ahad.

Awang Wardi menambah bahawa majlis rumah terbuka itu memang menjadi sinonim dan tradisi masyarakat dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri di mana ia mempunyai banyak nilai-nilai positif serta murni dalam mengeratkan lagi hubungan silaturahim di kalangan pemimpin akar-umbi dan masyarakat tanpa mengambil kira bangsa dan agama.

Melalui majlis rumah terbuka itu, ia mempunyai pengertian yang amat luas dan mendalam di mana ia menekankan kehidupan bersepadu dan masyarakat yang hidup dengan perpaduan yang sangat dituntut dalam kehidupan bermasyarakat.

pg04_150727_d

Mereka yang hadir menikmati pelbagai hidangan juadah.
Mereka yang hadir menikmati pelbagai hidangan juadah.

Melalui perpaduan itu ia mampu merapatkan ukhuwah dan hubungan silaturahim sesama insan di mana ia tidak terbatas kepada mana-mana golongan dan peringkat masyarakat termasuk yang bukan beragama Islam. Ia juga menambahkan lagi rasa hormat-menghormati di antara satu sama yang lain dan pada masa yang sama dapat membantu menjaga nilai-nilai keagamaan, menjaga keselamatan kampung dan mukim serta juga menjaga kesejahteraan keluarga.

“Kita berharap kerjasama dan perpaduan ini akan dapat berterusan serta dapat ditingkatkan di masa-masa yang akan datang agar penglibatan yang menyeluruh dapat diwujudkan bukan sahaja di kalangan pihak kerajaan malahan dari pihak swasta dan orang ramai bagi memastikan kesejahteraan serta kebajikan di daerah ini akan terus terjaga,” jelas Awang Wardi.

Semasa majlis rumah terbuka itu, pemimpin-pemimpin akar umbi dan persatuan-persatuan bersama ahli keluarga mereka tidak melepaskan peluang untuk saling beramah-mesra dan menikmati pelbagai hidangan serta juadah yang disediakan.

Selain dari itu, para pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan muzik tradisional dan berpeluang bergambar dengan pameran 3D Daerah Tutong.

ARTIKEL YANG SAMA