Hubungan keselamatan Thai-AS masih dingin

Hubungan keselamatan Thai-AS masih dingin

SATTAHIP, Thailand, 9 Feb – Latihan ketenteraan terbesar berbilang negara di Asia-Pasifik bermula hari ini di Thailand, dengan Amerika Syarikat (AS) mengekalkan pengurangan kehadiran kerana rampasan kuasa 2014 di Bangkok dan meminta bagi kepulangan segera kepada demokrasi.

Latihan itu, yang dihadiri oleh sekitar 27 buah negara pada tahun ini, juga dibuat ditengah – tengah meningkatnya ketegangan di rantau itu berikutan pelancaran roket terbaru oleh Korea Utara. Ia juga menyusul serangan di Jakarta pada bulan lalu yang membunuh lapan orang dan diakui dilakukan oleh Islamic State (IS), serangan pertama kumpulan radikal itu di Indonesia.

Latihan tentera Cobra Gold diadakan setiap tahun di Thailand bagi lebih dari tiga dekad tetapi AS mengurangkan kehadirannya berikutan rampasan kuasa pada 2014 oleh tentera Thailand.

“Pada 2015 apabila latihan itu difokuskan semula dan pengurangan dalam rampasan kuasa tentera, tahun 2016 masih kekal dalam mengurangkan jumlah…bagi menggambarkan kebimbangan AS mengenai perkembangan politik Thailand,” Duta besar AS ke Thailand, Glyn Davies memberitahu wartawan.

Washington telah menghantar 3,600 tentera bagi latihan tahun ini, sama seperti tahun lepas, kata Majer Dave Eastburn, jurucakap bagi tentera AS. Junta Thailand, dikenali sebagai Majlis Kebangsaan bagi Kedamaian dan Kemakmuran, menghadapi kritikan berulang kali bagi apa yang dikatakan kumpulan hak asasi adalah penurunan tajam dalam authoritarianisme sejak tentera berkuasa.

Angkatan Tentera Diraja Thai, General Sommai Kaoteera (kiri) dan Duta Besar AS ke Thailand, Glyn Davies berjabat tangan semasa majlis perasmian latihan ketenteraan Cobra Gold di Chonburi, timur Bangkok. – Reuters
Angkatan Tentera Diraja Thai, General Sommai Kaoteera (kiri) dan Duta Besar AS ke Thailand, Glyn Davies berjabat tangan semasa majlis perasmian latihan ketenteraan Cobra Gold di Chonburi, timur Bangkok. – Reuters

Berikutan rampasan kuasa itu, AS memberikan tindak balas dengan membekukan bantuan berjumlah AS$4.7 juta yang berhubung kait dengan keselamatan dan membatalkan beberapa kerjasama keselamatan. AS dan negara lain meminta bagi kepulangan segera kepada demokrasi bagi ekonomi kedua terbesar Asia Tenggara itu tetapi dengan garisan masa pilihan raya, bagaimana undian secepatnya akan diadakan masih belum jelas.

Jeneral – jeneral tentera mengendalikan Thailand sebelumnya membuat perlembagaan baru diwajibkan bagi pilihan raya umum tetapi bulan lalu Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha berkata undian akan diteruskan pada pertengahan 2017, walaupun jika ia perlu diadakan di bawah perlembagaan lama. Sejak rampasan kuasa, Thailand, sekutu lama Washington, memberikan keselesaan kepada kuasa serantau China, yang berkata ia menyokong kerajaan tentera Thailand. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA