Hubungan setia kawan sentiasa berterusan

Hubungan setia kawan sentiasa berterusan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

TUTONG, 13 Okt – Seramai 17 orang di kalangan ahli-ahli Bomba Pelatih SQ26 baru-baru ini telah mengadakan Majlis Pertemuan Semula yang berlangsung di Pantai Seri Kenangan, di sini.

Majlis tersebut merupakan kali kedua diadakan dan antara lain bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim yang berterusan biarpun telah berpisah apabila mereka ditugaskan di cawangan masing-masing di seluruh negara.

Majlis tersebut turut disertai ahli keluarga mereka, yang diteruskan dengan acara riadah sambil berpeluang beramah mesra dan bertukar-tukar fikiran bagi mengeratkan hubungan sebagai rakan-rakan yang pernah bertugas bersama dulu.

Pertemuan semula yang sebelum ini telah diadakan tahun lepas di kawasan Hutan Simpan Berakas.

Pertemuan semula ahli-ahli Bomba Pelatih SQ26 dalam acara riadah yang diadakan di Pantai Seri Kenangan Tutong.
Pertemuan semula ahli-ahli Bomba Pelatih SQ26 dalam acara riadah yang diadakan di Pantai Seri Kenangan Tutong.

ARTIKEL YANG SAMA