Hubungan tentera kekal kukuh

Hubungan tentera kekal kukuh

MANILA, Filipina, 22 Nov – Ketua-ketua pasukan bersenjata Filipina dan Pusat Kawalan Pasifik Amerika Syarikat berkata hari ini hubungan tentera dua negara kekal kukuh dengan kedua-dua belah pihak komited pada perikatan dan kerjasama mereka dalam keselamatan maritim, bantuan kemanusiaan dan pencegahan pengganasan.

Kenyataan meyakinkan itu dikeluarkan pada akhir mesyuarat Lembaga Pembabitan Pertahanan dan Keselamatan Bersama yang muncul selepas ancaman daripada Presiden Filipina, Rodrigo Duterte untuk mengurangkan kerjasama tentera dengan Washington dan melebarkan hubungan keselamatan dengan China dan Rusia.

Laksamana Harry B. Harris Jr., ketua Pusat Kawalan Pasifik AS, telah mempengerusikan bersama mesyuarat berkenaan bersama ketua pasukan bersenjata Filipina, Jeneral Ricardo R. Visaya.

Harris berkata minggu lalu di Washington bahawa tidak ada perubahan sejauh ini dalam kerjasama tentera Filipina-AS namun mungkin akan ada ‘perubahan semula’ beberapa latihan besar bersama pada 2017.

Filipina dan AS merupakan sekutu lama yang menandatangani perjanjian pertahanan bersama pada 1951.

Laksamana Harry Harris (kanan) berjabat tangan dengan Jeneral Ricardo Visaya (kanan) selepas mesyuarat Lembaga Pertahanan Bersama AS-Filipina (MDB) di ibu pejabat tentera di Manila pada 22 November. – AFP
Laksamana Harry Harris (kanan) berjabat tangan dengan Jeneral Ricardo Visaya (kanan) selepas mesyuarat Lembaga Pertahanan Bersama AS-Filipina (MDB) di ibu pejabat tentera di Manila pada 22 November. – AFP

“Penyelesaian berjaya MDB-SEB dipastikan berterusan, mengukuhkan hubungan antara tentera AS dan Filipina, menurut kenyataan itu.

“Ini menunjukkan komitmen teguh kedua-dua buah negara kepada perikatan AS-Filipina.

Katanya, mereka berharap untuk meneruskan kerjasama dalam bidang utama bagi kepentingan keselamatan dan kebangsaan kedua-dua buah negara, termasuk bantuan kemanusiaan dan bencana, pencegahan pengganas, keselamatan siber dan keselamatan maritim.

Jabatan pertahanan Filipina pada awalnya berkata ia mahu bilangan latihan dikurangkan daripada 13 pada masa ini kepada enam atau tujuh dan bagi latihan akan difokuskan semula pada bantuan kemanusiaan, bantuan bencana dan pencegah keganasan.

Jabatan itu juga mahu untuk membatalkan dua latihan tentera laut yang termasuk latihan pertahanan wilayah. – AP

ARTIKEL YANG SAMA