Hubungan tentera laut China, AS ‘terbaik dalam sejarah’

Hubungan tentera laut China, AS ‘terbaik dalam sejarah’

BEIJING, 23 Okt (Reuters) – Perhubungan antara tentera laut China dan Amerika Syarikat (AS) adalah ‘yang terbaik dalam sejarah’ dan pertukaran antara kedua-duanya akan menjadi lebih sistematik pada masa hadapan, tentera China hari ini memetik ketua tentera laut negara sebagai memberitahu para pegawai AS yang melawat.

Komen dari ketua tentera laut Wu Shengli muncul ketika Washington mempertimbangkan untuk menjalankan operasi kebebasan navigasi sekitar 12 nautika batu di pulau tiruan yang China bina di Laut China Selatan, tanpa mengatakan bila ia akan melakukannya.

Langkah sebegitu sepertinya akan memberangkan Beijing.

Kedua-duanya, China dan Amerika Syarikat telah bekerja keras untuk meningkatkan interaksi tentera, mengadakan latihan bersama dan mempersetujui peraturan ketika bertembung di laut dan di udara, kata Wu, menurut akhbar harian rasmi Pembebasan Tentera Rakyat.

“Pada ketika ini, hubungan antara tentera laut AS dan China berada pada masa terbaik dalam sejarah,” Wu dipetik sebagai berkata.

“Pertukaran dan komunikasi adalah lebih dipercayai dan efektif.”

Perkara ini tidak muncul dengan mudah, dan ia adalah hasil daripada kerja keras daripada kedua-dua pihak, tambahnya.

“Pada masa hadapan, pertukaran antara pasukan utama dari kedua-dua negara akan beransur-ansur lebih sistematik,” kata Wu.

Dalam perkara ini, Laut China Selatan tidak disebut. Delegasi tentera laut AS yang Wu temui awal minggu ini telah melawat pengangkut pesawat udara tunggal China. Akhbar tentera juga mengatakan mereka telah mengunjungi sekolah kapal selam dan kolej pemerintah.

ARTIKEL YANG SAMA