Hughes kena denda 8,000 pound

Hughes kena denda 8,000 pound

LONDON, 20 Sept – Pengurus Stoke City, Mark Hughes (gambar) telah didenda 8,000 pound (AS$10,452) selepas mengaku bersalah terhadap dakwaan salah laku, Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) mengumumkan Isnin lalu.

Hughes telah dihantar ke tempat duduk penonton pada separuh pertama kekalahan aksi Liga Perdana Stoke 4-0 kepada Tottenham Hotspur di Stadium Britannia pada 10 September.

Pemain Wales itu memberi reaksi marah kepada dua keputusan yang beliau rasakan tidak memihak kepada pasukan tuan rumah apabila Marko Arnautovic dilayangkan kad kuning kerana apa yang difikirkannya ialah Jon Walters yang melakukan kekasaran. Hughes melepaskan kemarahan kepada pegawai keempat Jon Moss tetapi selepas itu beliau berkata kecewa dengan reaksinya.

Kenyataan FA berbunyi: “Mark Hughes telah didenda 8,000 pound selepas beliau menerima hukuman standard selepas dakwaan salah laku oleh FA.

“Pengurus Stoke City mengakui bahawa kelakuannya dalam atau sekitar minit ke-34 perlawanan menentang Tottenham Hotspur pada 10 September 2016 mencetuskan kelakuan yang tidak wajar.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA