Hujah PM Britain dikritik

Hujah PM Britain dikritik

LONDON, 31 Julai (AFP) – Perdana Menteri David Cameron berdepan kritikan keras semalam kerana berkata ‘kawanan’ penghijrah cuba memasuki Britain, ketika pihak berkuasa di Perancis berusaha menghalang mereka menyeberangi Channel

”Terdapat kawanan orang yang menyeberangi Mediterranean, mencari kehidupan lebih baik, ingin datang ke Britain kerana ada pekerjaan di Britain, ekonominya berkembang, tempat yang hebat untuk didiami,” Cameron memberitahu televisyen ITV ketika lawatan ke Vietnam.

Kira-kira 3,000 orang dari negara-negara termasuk Syria dan Eritrea berkhemah di luar pelabuhan utara Perancis, Calais dan cuba menyeberang masuk ke Britain secara haram dengan memanjat lori dan kereta api.

Kontroversi itu mendominasi media Britain minggu ini ketika pelancong-pelancong dan pemandu lori disekat di pihak Britain disebabkan penangguhan berpunca dari tindakan para penghijrah.

Pemangku ketua parti pembangkang utama, iaitu Parti Buruh Harrier Harman berkata Cameron seharusnya “ingat beliau bercakap tentang orang, bukan serangga.”

David Cameron memberikan pendapatnya mengenai isu penghijrahan. - Reuters
David Cameron memberikan pendapatnya mengenai isu penghijrahan. – Reuters

Majlis Pelarian Manusia, badan amal terkemuka, yang berurusan dengan pencari suaka berkata itu adalah bahasa sangat teruk dari seorang pemimpin dunia yang menjatuhkan maruah manusia.”

Dan Nigel Farage, ketua Parti Kemerdekaan UK (UKIP) yang mahu kawalan lebih ketat ke atas imigresen, berkata dia tidak akan menggunakan kata-kata serupa.

“Perdana Menteri pagi ini cuba bertegas. Sama ada beliau sebenarnya bermaksud begitu atau tidak adalah persoalan yang agak berasingan,” Farage memberitahu radio BBC.

Cameron berdepan desakan dari akhbar tabloid supaya tentera Britain dikerah untuk menyelesaikan situasi, tetapi menegaskan penyelesaian betul ialah bekerjasama dengan pihak berkuasa Perancis.

“Kita perlu melindungi sempadan kita bekerjasama dengan jiran-jiran kita, Perancis dan itulah yang sebenarnya yang kami sedang lakukan,” dia memberitahu ITV.