Hujan ‘bantu’ pembersihan toksik

Hujan ‘bantu’ pembersihan toksik

BEIJING, 18 Ogos – Hujan turun di pelabuhan Tianjin, China pagi ini buat kali pertama sejak letupan besar yang berlaku minggu lalu, di tengah-tengah kebimbangan bahawa kimia toksik mungkin merebak ke kawasan perumahan berhampiran.

Bandar itu meratapi kematian puluhan orang yang terbunuh dalam letupan di kawasan industri di bandar timur laut, dengan kira-kira 70 orang masih hilang, kebanyakan mereka lima anggota bomba.

Anggota bomba, polis, tentera dan para pegawai bertafakur sambil menundukkan kepala dalam upacara tradisi untuk mengenang mereka yang terkorban.

Kapal-kapal kargo membunyikan hon di pelabuhan kontena ke 10 paling sibuk di dunia.

Pihak berkuasa bergegas untuk membersihkan kimia yang tinggal di tapak letupan, sebelum hujan yang diramalkan.

Pakar-pakar telah membersihkan kira-kira 150 tan kimia berbahaya yang terselerak dalam lingkaran 3 kilometer sekitar tapak letupan pada malam semalam, menurut Penolong Datuk Bandar Tianjin, He Shushan.

Para pegawai memberikan jaminan awam bahawa udara dan air dalam dan sekitar zon letupan masih memenuhi piawaian keselamatan, enam hari selepas dua letupan yang mengorbankan kira-kira 114 orang.

Tujuh puluh orang masih hilang, termasuklah 64 orang anggota bomba dan lima anggota polis, lapor agensi berita Xinhua.

“Kebanyakan” sodium sianida sekitar kawasan letupan dijangka dibersihkan menjelang petang semalam, He Shushan memberitahu para pemberita sebelumnya.

Ditanya mengapa beliau belum menghadiri sidang-sidang media sebelumnya, He memberitahu para wartawan dia terlalu sibuk baru-baru ini menangani letusan sodium sianida, dengan mengatakan para pegawai bandar mengetahui tentang sodium sianida sebelum pengesahan rasmi pada Ahad lalu.

Pendedahan kepada sodium sianida boleh terbukti “menyebabkan maut dengan cepat” menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat.

Bersentuhan dengan air, sodium sianida boleh mengeluarkan gas hidrogen sianida. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA