Hujan lebat burukkan keadaan di Jiuzhaigou

BEIJING, 11 Ogos – Hujan lebat yang diramal berlaku hari ini hingga esok, dijangka memburukkan lagi keadaan di Jiuzhaigou, Sichuan, China menurut Pusat Meteorologi Kebangsaan (NMC), lapor agensi berita China Xinhua.

Ia memandangkan kerja-kerja menyelamat mangsa masih dijalankan di wilayah berkenaan susulan kejadian gempa bumi pada Selasa dan Rabu lepas, mengakibatkan 20 orang terkorban dan ratusan penduduk cedera.

Pada masa sama, NMC turut mengeluarkan kejadian ribut tahap biru di kebanyakan kawasan untuk tempoh dua hari akan datang.

Sehubungan itu, para penduduk setempat dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap sebarang kejadian angin kencang, banjir serta bencana geologi.

China mempunyai empat tahap sistem amaran cuaca iaitu merah adalah tahap tertinggi diikuti oren, kuning dan biru. – Bernama

Keadaan Resort InterContinental Jiuzhai Paradise di Jiuzhaigou yang musnah selepas dilanda gempa bumi., kelmarin. Hujan lebat pula memburukkan lagi keadaan di wilayah berkenaan. – AFP
Keadaan Resort InterContinental Jiuzhai Paradise di Jiuzhaigou yang musnah selepas dilanda gempa bumi., kelmarin. Hujan lebat pula memburukkan lagi keadaan di wilayah berkenaan. – AFP