Hujan lebat di Indonesia cetus tanah runtuh, banjir

Hujan lebat di Indonesia cetus tanah runtuh, banjir

JAKARTA, 24 Jan – Kira-kira lima maut, seorang hilang dan ribuan lagi terjejas akibat tanah runtuh dan banjir selepas hujan lebat melanda 14 rantau di Indonesia, empat hari yang lalu, menurut pegawai hari ini.

Seorang jurucakap Agensi Pengurangan Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho mengatakan beribu-ribu buah rumah dikatakan terjejas akibat banjir, dan ratusan buah yang lain berdepan ancaman tanah runtuh.

“Sekitar 63.7 juta orang di Indonesia yang tinggal di kawasan terdedah pada banjir sementara 40.9 juta yang lain tinggal di kawasan yang mudah terjejas dengan tanah runtuh. Kami perlu membantu mereka daripada dilanda bencana,” kata Nugroho.

Agensi klimatologi dan meteorologi meramalkan yang musim hujan di Indonesia akan memuncak pada hujung Januari atau awal Februari.

Fenomena cuaca global El Nino telah menangguhkan permulaan musim hujan dan intensiti tinggi telah berkurang pantas di kawasan seperti Jawa, Bali dan kedua-dua Timur dan Barat Nusa Tenggara.

Musim hujan akan memasuki fasa neutral menjelang Mac atau April. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA