Hujan lebat di selatan, cuaca sejuk di utara China

Hujan lebat di selatan, cuaca sejuk di utara China

BEIJING, 5 Mei (Xinhua) – Hujan yang berterusan melanda selatan China dalam tempoh beberapa hari akan datang, manakala angin dan penurunan suhu yang kuat dijangka melanda di utara China, menurut pihak berkuasa meteorologi di negara itu, semalam.

Badai hujan diramalkan bagi kawasan-kawasan selatan akan dijangkan bermula pada Khamis hingga Selasa depan, menurut kenyataan Pusat Meteorologi Kebangsaan.

Angin dan penurunan suhu yang sejuk di Utara itu akan melanda akibat daripada angin bayu sejuk tiba. Suhu akan turun sehingga 10 darjah Celsius di beberapa bahagian Shanxi dan wilayah Shaanxi.

Pusat itu memberi amaran bahawa banjir kilat dan tanah runtuh akan berlaku di selatan, dan mencadangkan penduduk di utara memakai pakaian yang sesuai apabila keadaan sejuk itu melanda.

Anggota bomba menyelamatkan orang semasa banjir di Longsheng County, Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang selatan China, Kelmarin. – Xinhua
Anggota bomba menyelamatkan orang semasa banjir di Longsheng County, Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang selatan China, Kelmarin. – Xinhua