Hujan lebat landa California

Hujan lebat landa California

LOS ANGELES, 7 Jan – Hujan lebat disebabkan fenomena cuaca El Nino melanda California namun dijangka tidak berupaya mengubah keseluruhan senario musim panas dan kering yang luar biasa.

Jabatan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat mengeluarkan amaran ribut dan banjir di wilayah Los Angeles dan Ventura yang didiami lebih 11 juta orang. Ribut El Nino pertama musim ini membadai selatan California pada Selasa menyebabkan hujan lebat ke wilayah yang kering sebelum ini dan mengakibatkan banjir serta tanah runtuh di beberapa kawasan.

Los Angeles Times melaporkan, tanah runtuh menyebabkan dua kediaman rosak di Pasadena, timur Los Angeles tetapi tiada kecederaan setakat ini.

Selain itu, salji yang turun di kawasan pergunungan Sierra Nevada tetapi tidak berupaya untuk mengubah musim kering yang menimpa California.

“Kami perlu empat tahun untuk baiki keadaan,” kata Datuk Bandar Los Angeles. El Nino ialah corak cuaca yang diiringi musim panas di wilayah tengah dan timur tropika Pasifik sehingga boleh menyebabkan kematian dan suhu yang terlalu ekstrim. – AFP

Trak melalui lebuh raya 5 yang ditenggelami air selepas ribut El Nino membawa hujan ke Los Angeles. – Reuters
Trak melalui lebuh raya 5 yang ditenggelami air selepas ribut El Nino membawa hujan ke Los Angeles. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA