Hujan lebat punca bas pelancong Thailand nahas

Hujan lebat punca bas pelancong Thailand nahas

BANGKOK, 26 Julai (dpa) – Salah seorang terkorban dan beberapa lagi cedera selepas bas pelancong terlibat dalam kemalangan di pulau peranginan Phuket, menurut seorang pegawai hari ini.

Bas pelancong itu yang membawa pelancong terutamanya dari China, tergelincir dari jalan selepas hujan lebat sekitar petang, menurut pegawai polis Phuket yang meminta tidak dinamakan.

Menurutnya seorang pelancong meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Tiga cedera parah dan berpuluh lagi masih menerima rawatan.

ARTIKEL YANG SAMA