Hujan paling deras dalam masa 2 abad

Hujan paling deras dalam masa 2 abad

CHINA-GUANGDONG-HEAVY RAIN (CN)

GUANGZHOU, 22 Mei (Xinhua) – Hujan lebat yang jarang berlaku, sekali dalam lebih daripada 200 tahun telah melanda sebuah bandar di selatan China, wilayah Guangdong, kata pihak berkuasa tempatan semalam.

Xinyi, sebuah daerah kecil di Maoming, telah menyaksikan turunan hujan sebanyak 429,5 milimeter dalam masa hanya enam jam, menurut ibu pejabat wilayah dari kawalan banjir dan bantuan kemarau.

Lapan orang terbunuh dan empat yang lain dilaporkan hilang di Xinyi.

Jabatan hal ehwal awam wilayah telah mengisytiharkan kecemasan dan pasukan penyelamat telah dihantar ke Xinyi.

Bekalan bantuan termasuk 200 khemah dan 10 tan beras telah dihantar ke kawasan yang dilanda bencana tersebut.

Hujan lebat reda pada petang semalam. Akan tetapi pihak berkuasa tempatan masih memberi amaran bencana geologi di kawasan pergunungan.

ARTIKEL YANG SAMA