Hujan ribut ragut 5 jiwa

Hujan ribut ragut 5 jiwa

BEIJING, 15 Jun (dpa)– Kira-kira lima orang meninggal dunia dan empat lagi hilang selepas hujan turun mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh di Wilayah Guizhou barat daya China, lapor media kerajaan.

Hujan lebat membadai Wilayah Jinping sejak malam kelmarin sehingga awal hari ini, memusnahkan rumah dan menjejaskan bekalan tenaga elektrik serta telekomunikasi, agensi berita Xinhua memetik wilayah tempatan sebagai berkata.

Sekitar 202 milimeter hujan turun telah dicatatkan di beberapa kawasan, menurut Xinhua.

Operasi menyelamat masih diteruskan di perbandaran di Jinping dan kerugian ekonomi belum lagi dipastikan, menurut laporan.

ARTIKEL YANG SAMA