Hujan, salji hambat perjalanan pulang cuti Tahun Baru Cina

Hujan, salji hambat perjalanan pulang cuti Tahun Baru Cina

BEIJING, China, 31 Jan – Hujan dan salji akan mengganggu rancangan perjalanan warga China di wilayah selatan bermula Ahad hingga Selasa ketika berjuta-juta orang memulakan perjalanan balik ke kampung halaman.

Kesibukan cuti Festival musim bunga 40 hari sudah pun bermula seminggu yang lalu. Para pelajar, pekerja penghijrah dan para penumpang lain menaiki kereta api, bas dan pesawat untuk menuju pulang bagi Festival Musim Bunga, atau Tahun Baru Cina, yang jatuh pada 8 Februari tahun ini.

Hujan dan salji akan melanda sebahagian besar kawasan di Wilayah Henan, kata Pusat Meteorologi Kebangsaan (NMC) hari ini.

Tiga hari akan datang, salji atau hujan beku akan mengganggu para penumpang di bahagian wilayah Henan, Hubei, Anhui dan Jiangsu, sementara hujan akan membanjiri wilayah Guangdong, Fujian, Jiangxi dan Yunnan serta Rantau Autonomi Guangxi Zhuang, menurut balai cerap kebangsaan.

China berdepan sejuk paling teruk dalam masa tiga dekad, yang berakhir minggu lepas, sebelum kemunculan pusingan kali ini, hujan dan salji.

NMC memberi amaran para penumpang tentang perubahan dalam iklim dan mencadangkan mereka mengambil langkah berjaga-jaga. – NNN

ARTIKEL YANG SAMA