Hujung minggu anak damit di Times Square

Hujung minggu anak damit di Times Square

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Jan – Pusat Membeli-Belah Times Square akan mengadakan hujung minggu anak damit 2016 bermula 22 hingga 24 Januari ini di atrium pusat membeli-belah berkenaan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, hari ini, acara diisi dengan beberapa aktiviti bagi anak damit dan kanak-kanak kecil, yang menawarkan hadiah-hadiah menarik dalam acara seperti Jigsaw Puzzle Race, perlumbaan berhalangan lontar bola, pertandingan Lego anak damit dan ‘Times Square Next Top Babies’.

Untuk menyertai acara ‘Times Square Next Top Babies’, peserta perlu menghantar gambar anak damit mereka berukuran 4R (dalam bentuk salinan cetak dan salinan elektronik) yang telah bermula 18 Januari lalu hingga esok (21 Januari).

Pertandingan ini dibukakan kepada kanak-kanak berusia 6 tahun kebawah. Untuk maklumat lanjut mengenainya dan mendapatkan borang pendaftaran, bolehlah mengunjungi kaunter cabutan bertuah di atrium pusat membeli-belah berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA