Hukuman 2 tahun penjara, 3 sebatan seludup wanita

Hukuman 2 tahun penjara, 3 sebatan seludup wanita

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jan – Seorang lelaki warga Malaysia yang berdepan dakwaan menyeludup seorang wanita masuk ke Brunei Darussalam dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret, semalam.

Majistret Kanan, Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain menjatuhkan hukuman itu ke atas Abdul Zamil.

Abdul Zamil didakwa bersubahat dengan Normala Anak Christina untuk membawanya masuk ke Brunei dengan menyediakan pasport milik orang lain pada 31 Disember 2015. Dia didakwa mengikut Seksyen 55(1)(b) Akta Imigresen, Penggal 17 yang membawa hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun dan tidak melebihi tujuh tahun serta tidak kurang daripada tiga sebatan.

ARTIKEL YANG SAMA