Hukuman 30 bulan penjara palsukan dokumen

Hukuman 30 bulan penjara palsukan dokumen

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 April – Seorang wanita tempatan dijatuhi hukuman 30 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini, atas 18 pertuduhan menipu dan memalsukan dokumen.

Vivi Yanti binti Haji Mohd Jali, 33, didakwa menipu enam individu dengan menjanjikan mereka bahawa dia dapat mendapatkan tender kerajaan untuk mereka.

Dia juga dituduh memalsukan dokumen dengan menggunakan surat tawaran dan surat tender daripada pelbagai agensi kerajaan yang dialamatkan kepada individu terbabit.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara 2011 dan 2014, dan memperolehi $29,380 dari mangsa yang ditipunya.

Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin menolak permohonan Peguam Bela, Haji Mohd Rozaiman bin DSLJ Haji Abd Rahman yang mahu hukuman kliennya ditangguhkan sementara menunggu rayuan, sebaliknya memerintahkan hukuman tertuduh berkuatkuasa hari ini.

pg06_160422_mahkamah logo2

ARTIKEL YANG SAMA