Hukuman dikurangkan

Hukuman dikurangkan

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Nov – Mahkamah Rayuan di sini, membenarkan pengurangan tempoh hukuman daripada lima tahun kepada tiga tahun penjara bagi bekas pekerja Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP).

Tambahan hukuman penjara sembilan bulan yang turut dikenakan ke atas Dayang Aidah binti Tengah, 44, juga dikurangkan kepada enam bulan penjara, jika dia gagal membayar ganti rugi sebanyak $200,200 dan kos pendakwaan $120,000.

Hakim John Barry Mortimer yang bersidang bersama Hakim David John Leonard dan Hakim Michael Peter Burrell bersetuju bahawa hukuman lima tahun penjara yang dijatuhi Mahkamah Tinggi terhadap Dayang Aidah pada Ogos 2016 adalah berlebihan.

Dalam mengurangkan hukuman, panel tiga hakim tersebut mengambil kira skim rasuah yang ditubuhkan Musfada Enterprise itu terlalu rumit dan melibatkan lapan pekerja BSP dalam tempoh yang lama yang mana penglibatan Dayang Aidah hanya diketahui selepas David Chong yang juga Pengurus Musfada Enterprise disabit dan dijatuhi hukuman.

Mahkamah Rayuan turut mengambil kira kebimbangan, tekanan dan kegagalan dalam rumah tangga yang dihadapi Dayang Aidah selain dia kehilangan pekerjaan dan pencennya,

Dayang Aidah yang berjawatan Supply Chain Support di Jabatan Supply Chain Management di BSP menerima rasuah berjumlah $200,200 pada Februari 2008 hingga November 2009 daripada David Chong sebagai ganjaran untuk membuat pesanan dan mempercepatkan ‘purchase order’ bagi pembelian bahan-bahan kimia untuk syarikat minyak tersebut yang mana pembelian itu berhubung kait dengan kontrak syarikat dengan syarikat tempat beliau bekerja.

David Chong selaku pemberi rasuah telah pun dihukum penjara enam tahun empat bulan, pada 2013.

ARTIKEL YANG SAMA