Hukuman Fabregas dikurangkan

Hukuman Fabregas dikurangkan

LONDON, 21 Mei – Penggantungan midfield Chelsea, Cesc Fabregas kerana menyepak bola ke arah Chris Brunt dari West Bromwich Albion dikurangkan daripada tiga kepada satu perlawanan, Persekutuan Bola Sepak mengumumkan semalam.

Fabregas terus dilayangkan kad merah ketika Chelsea tewas 3-0 dalam aksi Liga Perdana di West Brom Isnin lalu selepas menyepak bola ke arah sekumpulan pemain dan mengenai muka Brunt ketika perlawanan dihentikan pada minit ke-29.

Penggantungan standard tiga perlawanan itu memaksa Fabregas tidak beraksi dalam perlawanan akhir di tempat sendiri menentang Sunderland Ahad ini dan dua perlawanan pertama musim depan, tetapi dia sekarang hanya duduk menyaksikan perlawanan hujung minggu ini.

“Dakwaan Chelsea bahawa penggantungan tiga perlawanan itu adalah keterlaluan telah dikekalkan oleh pendengaran Suruhanjaya Pengawal Peraturan Bebas,” kata FA dalam kenyataan laman sesawangnya.

“Fabregas disingkirkan kerana kelakuan ganas ketika perlawanan West Bromwich Albion FC menentang Chelsea 18 Mei lalu.

“Suruhanjaya Pengawal Peraturan mengurangkan penggantungan pemain midfield Chelsea itu kepada satu perlawanan yang dikenakan serta merta.”

Pengurangan hukuman Fabregas itu sudah pasti menggembirakan pengurus Chelsea, Jose Mourinho, yang disukarkan dengan keputusan pengadil Mike Jones untuk menyingkirkan pemain antarabangsa Sepanyol itu di The Hawthorns.

“Pengadil utama dengan personaliti besar mempunyai beberapa kenyataan dan mengawal perlawanan. Ia adalah kad merah yang jarang,” kata pengurus dari Portugal itu. “Penggantungan tiga perlawanan untuk ini? Sudah tentu keras.” – AFP