Hukuman keras buat Neymar

Hukuman keras buat Neymar

SANTIAGO, 19 Jun (AFP) – Bintang Brazil Neymar yang telah digantung satu perlawanan buat sementara boleh menghadapi hukuman muktamad yang lebih keras, kata para pegawai hari ini selepas penyerang itu menerima kad merah dalam satu pertengkaran aksi Copa America selepas tewas kepada Colombia.

Jawatankuasa tatatertib Persekutuan Amerika Selatan CONMEBOL yang menggantung Neymar secara sementara untuk satu perlawanan gara-gara kelakuannya selepas Brazil tewas 1-0 kepada Colombia, akan bermesyuarat esok untuk memutuskan hukuman terakhir,” kata satu kenyataan di laman web Copa Amerika. Colombia mengecewakan juara dunia lima kali dalam permainan agresif kelmarin yang berakhir dengan huru-hara, di mana Neymar kelihatan menanduk penjaring gol Colombia Jeison Murillo.

Penyerang Colombia Carlos Bacca juga menerima kad merah kerana menolak Neymar dari belakang. Neymar sebelum ini telah menerima kad kuning kedua kerana handball dan penggantungan sekurang-kurangnya satu perlawanan tidak dapat dielakkan.

Bintang Barcelona itu menerima kad kuning pertama semasa Brazil menang menentang Peru dalam aksi pembukaan.

Neymar tolak menolak dengan Jeison Murillo pada akhir perlawanan Copa di Estadio Monumental David Arellano di Santiago kelmarin. – Reuters
Neymar tolak menolak dengan Jeison Murillo pada akhir perlawanan Copa di Estadio Monumental David Arellano di Santiago kelmarin. – Reuters

Laman web Copa America pada mulanya melaporkan penggantungan dua perlawanan, tetapi kemudian menjelaskan penyerang berusia 23 tahun itu digantung satu perlawanan dalam keputusan awal, yang akan dikaji semula apabila jawatankuasa disiplin bermesyuarat esok. Penggantungan dua perlawanan bermakna Neymar akan terlepas perlawanan terakhir Brazil menentang Venezuela Ahad ini dan mana-mana perlawanan suku akhir.

Sebelum perlawanan, memang sudah ada tanda-tanda permusuhan antara Neymar dan pasukan Colombia.

Neymar retak tulang apabila belakang pemain Colombia, Juan Camilo Zuniga mengasaknya dengan lutut dalam aksi suku akhir Piala Dunia tahun lepas sehingga diketepikan sepanjang kejohanan.

ARTIKEL YANG SAMA