Hukuman lebih berat pembunuh polis

Hukuman lebih berat pembunuh polis

BRASILIA, 12 Jun (AFP) – Parlimen Brazil semalam meluluskan undang-undang mengenakan hukuman lebih berat ke atas pembunuh polis, langkah yang didesak oleh pasukan keselamatan negara di mana beratus-ratus anggota polis dibunuh setiap tahun.

Undang-undang baru itu menetapkan bahawa para pembunuh anggota polis, pegawai penjara atau anggota angkatan bersenjata dikenakan hukuman penjara sehingga 30 tahun, berbanding maksimum 20 tahun sebelumnya.

Selepas pengundian, presiden Senat, Renan Calheiros, berkata terdapat “tuntutan yang kuat daripada masyarakat” bagi hukuman yang lebih berat.

Pelaksanaan undang-undang baru itu, yang hanya memerlukan tandatangan Presiden Dilma Rousseff, juga turut mengenakan hukuman lebih berat ke atas mereka yang membunuh sanak saudara para pegawai penguat kuasa undang-undang.

Anggota keselamatan Brazil ketika membuat rondaan di salah satu kawasan yang kerpa berlaku kejadian jenayah berhampiran ibu negara Brasilia. – AFP
Anggota keselamatan Brazil ketika membuat rondaan di salah satu kawasan yang kerpa berlaku kejadian jenayah berhampiran ibu negara Brasilia. – AFP

Bermula dari 2009 sehingga 2013, kira-kira 1,770 anggota polis menjadi mangsa bunuh di Brazil, menurut Forum Mengenai Keselamatan Awam Brazil.

Bagaimanapun kumpulan itu berkata bahawa polis pula membunuh purata enam penjenayah setiap hari.