Hukuman lelaki tempatan ditangguhkan

Hukuman lelaki tempatan ditangguhkan

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160831_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Ogos – Mahkamah Majistret membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan bagi seorang lelaki tempatan yang dijatuhi dua tahun penjara dan dua sebatan, hari ini, selepas disabit menyerang seorang konstabel polis pada 2013.

Permohonan penangguhan hukuman itu dibuat Peguam Bela, Sheikh Noordin bin Sheik Mohammad bagi anak guamnya, Haji Abu Bakar bin Haji Mohd Arshad, 45, yang didapati bersalah menyerang Pek Seng Huat yang ketika itu menjalankan tugasnya dalam serbuan di tempat perjudian pada 26 Oktober 2013 di Dearah Tutong.

Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman yang mengendalikan perbicaraan ke atas tertuduh mendapati Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Suhana binti Haji Sudin berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

ARTIKEL YANG SAMA