Hukuman mati dilaksanakan semula

Hukuman mati dilaksanakan semula

DAVAO, Filipina, 16 Mei (AFP) – Presiden Filipina yang baru dipilih Rodrigo Duterte berikrar akan memperkenalkan hukuman gantung dan mengarahkan penembak hendap tentera supaya membunuh penjenayah disyaki sebagai sebahagian tindakan undang-undang dan ketenteraman yang tidak belas kasihan.

Dalam sidang media pertama beliau sejak memenangi pilihan raya 9 Mei dalam kemenangan besar, datuk bandar bagi bandar selatan Davao lewat semalam berkata pasukan keselamatan akan diberikan arahan ‘tembak bunuh’ dan warganegara belajar takut dengan undang-undang.

Duterte juga berikrar akan mengeluarkan langkah undang-undang dan ketenteraman Davao berlandaskan seluruh negara, termasuklah perintah berkurung pukul 2 pagi minum di tempat awam dan tegahan ke atas kanak-kanak berjalan di jalan raya bersendirian lewat malam. Merokok di restoran dan hotel juga ditegah.

Duterte berkata tumpuan usahanya memerangi jenayah akan membawa balik hukuman mati yang dimansuhkan di bawah presiden pada masa itu presiden Gloria Arroyo pada tahun 2006. Duterte, 71 tahun berkata “Apa yang akan saya lakukan ialah menggesa Kongres untuk mengembalikan hukuman mati di tali gantung.”

Rodrigo Duterte bercakap semasa sidang akhbar pertamanya sejak beliau mendapat kemenangan dalam pilihan raya presiden, di sebuah restoran di Bandar Davao, pulau selatan Mindanao Ahad lalu. – AFP
Rodrigo Duterte bercakap semasa sidang akhbar pertamanya sejak beliau mendapat kemenangan dalam pilihan raya presiden, di sebuah restoran di Bandar Davao, pulau selatan Mindanao Ahad lalu. – AFP

Duterte berkata beliau mahu hukuman mati diperkenalkan semula bagi banyak pelbagai jenayah, terutamanya dadah, dan juga rogol, bunuh dan rompakan. Menurut Duterte beliau lebih suka hukuman mati di tali gantung daripada menggunakan skuad tembak kerana beliau tidak mahu membazir peluru dan beliau percaya mencerut dengan tali gantung lebih berperikemanusiaan.

Ciri paling utama strategi kempen pilihan raya Duterte yang berjaya itu, adalah janji untuk menamatkan jenayah dalam tempoh tiga hingga enam bulan selepas beliau dilantik. Duterte berikrar ketika kempen untuk membunuh berpuluh-puluh ribu penjenayah, yang mengundang kemarahan para pengkritiknya tetapi memukau berpuluh-puluh juta rakyat Filipina yang sudah bosan dengan jenayah dan rasuah berleluasa.

Menurutnya dalam satu masa 100,000 orang akan mati, dan begitu banyak mayat akan dibuang di Teluk Manila yang ikan akan membesar dengan sihat kerana memakannya.

Duterte berkata semalam bahawa arahan ‘hukuman tembak’ akan dikenakan bagi mereka yang terlibat dalam jenayah terancang atau yang melawan ketika ditahan.

ARTIKEL YANG SAMA