Hukuman mati ...

Hukuman mati seorang lagi banduan di AS

WASHINGTON, 20 April – Seorang banduan yang menanti hukuman mati dan dijadualkan menjalani hukumannya di penjara Arkansas hari ini telah diizinkan penggantungan hukuman mati oleh mahkamah tinggi di negeri Amerika Syarikat (AS) beberapa jam sebelum suntikan mautnya, menurut para peguamnya. Stacey Johnson adalah tahanan keempat di Arkansas yang menerima penangguhan hukuman mati bulan ini, yang mengecewakan usaha pihak berkuasa negeri untuk melaksanakan beberapa hukuman mati sebelum ubat utama dalam suntikan maut mansuh.

Penggantungan hukuman bagi Johnson berpunca dari usaha untuk perbicaraan berasaskan bukti berkaitan permohonannya bagi ujian DNA untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.

“Kami merasa gembira dan legam,” di atas perintah Mahkamah Tinggi Arkansas berhubung Stacey Johnson,” menurut kakitangan kanan Innocence Project, Nina Morrison, yang mana kumpulannya itu membela Johnson.

Dia mengatakan bahawa seorang lagi tahanan yang menantikan hukuman mati, Ledell Lee, juga dijadualkan dihukum mati hari ini – berhak mendapat hak sama bagi perbicaraan sebegitu.

“Ketika kami mengatakan dalam kenyataan ringkas kami bahawa terdapat jumlah banyak bukti DNA yang tidak pernah diuji yang boleh membebaskan Lee dan mengenal pasti penjenayah sebenar.” Gabenor Arkansas Asa Hutchinson, seorang anggota Republikan, merancang bagi lapan orang tahanan yang menanti hukuman mati, menjalani hukuman mati dalam tempoh 11 hari sebelum akhir April apabila simpanan midazolam, sedatif yang digunakan dalam suntikan maut akan mansuh.

Namun di tengah tentangan awam terhadap hukuman mati, termasuklah bantahan di bandar negeri, Little Rock , yang termasuk dalam bantahan itu, adalah Johnny Depp dan seorang hakim yang mempunyai kaitan dengan salah satu kes, peguam-peguam telah mendapatkan penggantungan hukuman bagi tiga penghukuman mati lain. Jason McGehee, sepatutnya menjalani hukuman mati pada 27 April telah menerima penangguhan sebulan dua minggu lalu. – AFP