Hukuman maut jenayah berat rendah

Hukuman maut jenayah berat rendah

BEIJING, 12 Sept – China, yang dipercayai menghukum mati lebih ramai orang yang disabitkan dengan kesalahan dari negara-negara lain di dunia, hari ini berkata ia menggunakan hukuman mati hanya pada ‘bilangan sangat kecil pesalah jenayah yang sangat serius.”

Dalam laporan yang diterbitkan hari ini, kerajaan China berkata pihak berkuasa ‘dengan ketat mengawal hukuman mati dan menggunakannya dengan berhati-hati.”

Meskipun China tidak lagi menghukum mati bagi kebanyakan jenayah yang tidak ganas, undang-undangnya membenarkan hukuman mati bagi berbelas-belas kesalahan, termasuklah khianat, mengintip, membakar harta, bunuh, rogol, rompak dan penyeludupan orang.

Kajian undang-undang tahun lalu telah mengeluarkan sebilangan kesalahan dari senarai kesalahan yang boleh membawa hukuman mati, termasuklah penyeludupan senjata dan peluru, pemalsuan matawang, memaksa orang lain terlibat dalam pelacuran dan menghalang kakitangan tentera melaksanakan tugas mereka.

Bilangan pelaksanaan hukuman mati di China tidak diketahui kerana data dianggap rahsia kerajaan. Amnesty International menganggarkan China telah melaksanakan hukuman mati lebih ramai orang dari negara-negara di dunia, yang berjumlah 1,634 pada tahun 2015. Kumpulan-kumpulan hak asasi kemanusiaan berkata hukuman mati kerap dijatuhkan selepas perbicaraan adalah tidak adil. – AP

ARTIKEL YANG SAMA