Hukuman penjara dikekalkan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Dis – Mahkamah Rayuan di sini memutuskan untuk mengekalkan hukuman 12 tahun penjara dan dua sebatan yang dijatuhkan ke atas bekas anggota polis yang melakukan kesalahan pecah masuk rumah, menceroboh dan tidak mematuhi pegawai atasan.

Hakim Mortimer, Leonard dan Burrell mengetepikan rayuan Muhammad Dennie Eswandi bin Saban dan menyifatkan kes tertuduh sebagai kes teruk yang mana pesalah telah menyalahgunakan jawatannya dan mengabaikan tugas yang diamanahkan kepadanya.

Pesalah melakukan kesalahan itu dalam kejadian berasingan antara November 2016 dan April 2017, apabila sering meninggalkan pos kawalan untuk memasuki tempat larangan yang ditugaskan kepadanya untuk dijaga bagi melakukan curi.