Hukuman penjara perogol dikurangkan

Hukuman penjara perogol dikurangkan

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_151201__mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Nov – Seorang lelaki tempatan yang sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 18 tahun atas pertuduhan rompakan berkumpulan dan rogol akan dapat ‘keluar’ penjara lebih awal setelah Mahkamah Rayuan di sini, hari ini, membenarkan rayuannya untuk mengurangkan tempoh hukuman.

Rayuan Muhammad Azri bin Azman, 19, diluluskan apabila hukumannya dikurangkan daripada 18 tahun kepada 14 tahun penjara.

Tiga panel hakim iaitu John Barry Mortimer, Leonard dan Burrell ketika bersidang hari ini memutuskan bahawa hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Perantaraan ke atas tertuduh hanya memenuhi sebahagian daripadanya, tetapi tidak sesuai dalam prinsip keseluruhannya.

Hakim John Barry Mortimer memutuskan hukuman 10 tahun penjara untuk tuduhan rogol dikurangkan kepada enam tahun, dan hukuman dijalankan secara berasingan dengan hukuman penjara lapan tahun bagi tuduhan rompakan berkumpulan.

Tertuduh sebelum ini dijatuhi hukuman 18 tahun penjara dan 12 sebatan oleh Mahkamah Perantaraan pada Oktober lalu atas kesalahan yang dilakukannya.

Tertuduh didakwa mencuri $130 daripada seorang remaja perempuan (mangsa) berusia 17 tahun pada 5 Oktober dan merogolnya.

Tertuduh mengenali mangsa melalui media sosial Facebook di mana mangsa yang tinggal di Daerah Temburong ingin mencari rumah sewa dan pekerjaan di Daerah Brunei dan Muara.

Tertuduh menawarkan mangsa untuk tinggal di rumahnya.

ARTIKEL YANG SAMA