Hukuman penjara Yurawandy dikurangkan setahun

Hukuman penjara Yurawandy dikurangkan setahun

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Mei – Mahkamah Rayuan, semalam, membenarkan pengurangan penjara daripada 17 tahun kepada 16 tahun ke atas seorang lelaki tempatan atas tuduhan merogol seorang guru Taiwan di asrama guru-guru Sekolah Chung Hwa, Tutong pada September 2014.

Bagaimanapun, mahkamah mengekalkan hukuman 12 sebatan yang dikenakan ke atas Yurawandy bin Bujang, 22, yang turut menghadapi dua pertuduhan mencuri dan satu pertuduhan mencuri kereta.

Hakim John Barry Mortimer yang bersidang bersama Hakim Burrel dan Leonard telah memutuskan bahawa perintah sebatan ke atas tertuduh akan dikekalkan kerana ia adalah hukuman minimum di bawah undang-undang.

Tertuduh telah merogol mangsa, yang merupakan pelajar universiti di Taiwan yang memulakan program latihan amali pengajaran Mandarin di sekolah tersebut.

Tertuduh turut mengambil kesempatan untuk merompak barang-barang mangsa dan rakannya, dan terdahulu telah mencuri sebuah kereta Toyota Corolla yang diletakkan berhadapan dengan Jati Emas Laut di Kuala Belait sebelum memasuki kawasan sekolah.

ARTIKEL YANG SAMA