Hukuman penyokong Chelsea ditangguhkan

Hukuman penyokong Chelsea ditangguhkan

PARIS, 4 Jan – Mahkamah Perancis pada Selasa menangguhkan hukuman penjara empat penyokong Chelsea berhubung insiden perkauman sebelum perlawanan Liga Juara-Juara di Paris pada Februari 2015 dan memerintahkan mereka membayar pampasan sebanyak AS$10,000 kepada mangsa.

Rakaman video menunjukkan seorang lelaki berkulit hitam ditolak ke belakang dua kali ketika cuba menaiki kereta api yang penuh dengan peminat Blues pada Februari 2015 ketika mereka bertandang ke Paris untuk menyaksikan pasukan mereka menentang Paris Saint Germain.

Di belakang, peminat Chelsea boleh didengar melaungkan: “Kami bersifat perkauman. Kami bersifat perkauman dan itulah cara yang kami suka.”

Selepas perbicaraan selama sehari, mahkamah menggantung hukuman penjara setahun Richard Barklie, yang juga seorang bekas anggota polis Ireland Utara berusia 52 tahun, dan William Simpson, 27, masing-masing menghadiri perbicaraan di ibu negara Perancis.

Joshua Parsons, 22, yang juga bekas murid sekolah elit Millfield di England, yang kini bekerja di bangunan perdagangan, dan James Fairbairn, 25, seorang jurutera awam, masing-masing digantung hukuman penjara lapan dan enam bulan. Kedua-dua mereka hadir di mahkamah.

ATAS & BAWAH: Dua penyokong Chelsea yang dituduh mencetuskan keganasan perkauman tahun lepas tiba untuk menghadiri perbicaraan di Paris, kelmarin. – AFP
ATAS & BAWAH: Dua penyokong Chelsea yang dituduh mencetuskan keganasan perkauman tahun lepas tiba untuk menghadiri perbicaraan di Paris, kelmarin. – AFP

Souleymane Sylla (kanan) bercakap kepada media sambil ditemani peguamnya semasa menghadiri perbicaraan empat penyokong Chelsea yang dituduh melakukan keganasan perkauman terhadap beliau. – AFP
Souleymane Sylla (kanan) bercakap kepada media sambil ditemani peguamnya semasa menghadiri perbicaraan empat penyokong Chelsea yang dituduh melakukan keganasan perkauman terhadap beliau. – AFP

Mahkamah memerintahkan mereka secara kolektif membayar 10,000 pound kepada mangsa, Souleymane Sylla yang tidak dapat menghadiri perlawanan ketika itu.

Selepas memberikan keterangan, Parsons memohon maaf kepada Sylla, seorang Perancis berusia 35 tahun yang berasal dari Mauritania, tetapi menafikan tindakannya bersifat perkauman.

Beralih kepada bapa anak empat di Palais de Justice, Parsons berkata: “Maafkan saya Encik Sylla, tetapi saya tidak bersifat perkauman dalam apa jua cara sekali pun.”

Kejadian itu dirakam oleh penumpang dan disebarkan secara meluas dalam media British dan Perancis. Di bawah undang-undang Perancis, seseorang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda 100,000 pound jika disabitkan mengeluarkan kenyataan rasis.

Barklie, Simpson dan Parsons telah diharamkan daripada memasuki stadium bola sepak di England gara-gara peranan mereka dalam kejadian itu.

Barklie, tertuduh paling tua, dilihat menolak Sylla sekurang-kurangnya sekali dalam video. Mereka telah selepas dikenal pasti dalam video itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA