Hukuman perogol dikekalkan

Hukuman perogol dikekalkan

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Nov – Seorang bapa saudara terpaksa akur dengan hukuman 10 tahun lapan bulan penjara dan 12 sebatan yang dijatuhi sebelum ini apabila rayuannya untuk mendapatkan pengurangan hukuman ditolak oleh Mahkamah Rayuan.

Hakim John Barry Mortimer, Leonard dan Burrell berpendapat hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Perantaraan pada Mac 2016 terhadap lelaki yang mencabul kehormatan dan merogol anak saudaranya itu ‘tidak berlebihan’, dan memutuskan untuk mengekalkannya.

Lelaki itu merogol anak saudaranya yang ketika itu berusia 12 tahun pada 2013 dan melakukan perbuatan tidak senonoh kepada mangsa dan juga cuba merogolnya pada Mei 2015 ketika berusia 14 tahun.

ARTIKEL YANG SAMA