Hukuman pesalah dikurangkan

Hukuman pesalah dikurangkan

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_161007_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Okt – Hasrat seorang lelaki tempatan untuk mendapatkan pengurangan hukuman bagi kesalahan menipu mendapat kebenaran oleh Mahkamah Tinggi di sini.

Pengiran Asmadi bin Pengiran Ali pada September 2015 mengaku bersalah kerana menipu tiga individu untuk menyertai ‘skim pelaburan emas’ dan telah dijatuhi empat tahun dan lapan bulan penjara oleh Mahkamah Majistret.

Dia melakukan kesalahan itu sekitar Oktober dan November 2009, Julai 2010 dan Februari 2012.

Ketua Hakim Dato Seri Paduka Haji Kifrawi bin Dato Paduka Haji Kifli membenarkan hukuman penjara itu dikurangkan kepada tiga tahun enam bulan.

ARTIKEL YANG SAMA