Hukuman tertuduh dikurangkan

Hukuman tertuduh dikurangkan

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Nov – Mahkamah Rayuan mengurangkan tempoh hukuman penjara dan sebat terhadap seorang lelaki tempatan

kepada penjara 12 tahun dan 10 sebatan kerana merogol, melakukan hubungan seks, memiliki gambar lucah dan tidak senonoh, serta melibatkan mangsa dalam aktiviti seks.

Norin bin Pungut / Yussof pada Julai lalu dijatuhi hukuman penjara 23 tahun enam bulan dan 16 sebatan oleh Mahkamah Perantaraan selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu terhadap dua adik beradik yang merupakan anak yatim.

Hakim John Barry Mortimer, Leonard dan Burrell membuat keputusan untuk mengurangkan hukuman itu selepas menyemak semula prinsip keseluruhan hukuman dan menganggap hukuman yang dikenakan sebelum ini adalah berlebihan memandangkan Norin telah membuat pengakuan salah dan memiliki rekod bersih.

Perbuatan Norin terhadap kedua-dua mangsa terbongkar apabila mangsa disoal oleh gurunya yang kemudian melaporkan perkara itu kepada pihak polis.

ARTIKEL YANG SAMA