Hukuman tiga perompak Indonesia dikurangkan

Hukuman tiga perompak Indonesia dikurangkan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Mei – Mahkamah Rayuan di sini, hari ini, membenarkan permohonan pengurangan tempoh hukuman tiga lelaki warga Indonesia yang berdepan dengan pertuduhan rompakan berkumpulan dan pecah masuk rumah, pada 2013.

Ikas Sunaryo, 45, Syamsul Ariffin, 40 dan Sofian berusia 36 tahun bersama empat rakan sejenayah yang lain mengaku bersalah melakukan rompakan berkumpulan di Kampung Beribi dan pecah masuk rumah di Daerah Brunei dan Muara antara November dan Disember 2013.

pg06_160512_mahkamah logo2

Ketiga-tiganya telah dijatuhi 11 tahun dan lapan bulan penjara, dan juga 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi pada Mac 2014.

Tiga hakim yang bersidang iaitu Mortimer, Burrel dan Seagroatt bersetuju mengurangkan hukuman ketiga-tiga tertuduh kepada sembilan tahun penjara namun mengekalkan 12 sebatan.

ARTIKEL YANG SAMA