Hulk julang Brazil

Hulk julang Brazil

HARRISON, AS, 6 Sept (AFP) – Hulk meraikan kepulangannya ke dalam pasukan Brazil dengan ledakan minit ke-10 untuk memberikan skuad Dunga kemenangan 1-0 ke atas Costa Rica dalam aksi persahabatan di New Jersey, semalam.

Dalam penampilan pertama skuad Brazil sejak kejatuhan Piala Dunia tahun lalu, Hulk menampakkan belangnya untuk bermula pada permainan pertama kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Chile di Santiago bulan depan.

Dia melompat untuk menyumbat gol dari dalam kotak, berjaya merobek benteng Costa Rica dan merembat untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan di Red Bull Arena.

Walaupun Costa Rica kekurangan peluang bermain di bawah jurulatih Oscar Ramirez buat kali pertama, Brazil tidak dapat mencari ruang untuk memimpin, dengan peluang untuk Marcelo dan Douglas Costa hanya muncul selepas rehat.

Neymar yang bersama skuad untuk dua aksi persahabatan di Amerika Utara walaupun digantung untuk dua aksi pertama kelayakan Piala Dunia kerana kad merah Copa America, masuk sebagai pemain gantian 10 minit sebelum tamat. Tetapi pasukan Dunga gagal mencari gol kedua.

Oscar Duarte dari Costa Rica (6) mengambil bola dari Hulk dalam aksi persahabatan menentang Brazil di Red Bulls Arena di Harrison, New Jersey semalam. – AFP
Oscar Duarte dari Costa Rica (6) mengambil bola dari Hulk dalam aksi persahabatan menentang Brazil di Red Bulls Arena di Harrison, New Jersey semalam. – AFP

Mereka telah memaksa penjaga gol Costa Rica Patrick Pemberton yang menggantikan Keylor Navas bekerja keras apabila menafikan sepakan percuma Hulk dan ledakan rendah jarak dekat David Luiz pada minit ketujuh.

Permulaan agresif Brazil mendapat ganjaran pada minit ke-10 apabila Hulk menerkam ke kawasan itu dan mendapatkan hantaran Giancarlo Gonzalez. Enam minit kemudian Pemberton berjaya menghalang percubaan Fernandinho.

Costa Rica beraksi cemerlang apabila berjaya menghadkan kuasa Brazil dengan skuad Ramirez juga mempunyai beberapa peluang dengan yang terbaik hadir pada minit ke-55 tetapi usaha Bryan Ruiz dibatalkan kerana ofsaid.

ARTIKEL YANG SAMA