Hull City kembali sertai EPL

Hull City kembali sertai EPL

LONDON, 29 Mei – Liga Perdana Inggeris kembali menanti Hull City selepas Mohamed Diame membantu kemenangan 1-0 ke atas Sheffield Wednesday pada final playoff Liga Kejuaraan semalam.

Tepat 370 hari selepas disingkirkan dari Liga Perdana Inggeris (EPL), skuad kendalian Steve Bruce mengesahkan kepulangan kali ketiga ke kancah liga tertinggi Inggeris itu dalam sembilan musim hasil sentuhan ajaib pemain tengah Senegal itu di Wembley.

Gol kemenangan pada babak kedua itu turut membolehkan Hull menerima dana lumayan sebagai kelab EPL yang menandatangani kontrak baru hak penyiaran bermula musim depan.

Wednesday terlepas peluang menerima 170 juta pound, manakala skuad The Tigers hanya akan menerima 110 juta pound berikutan penyingkiran mereka tahun lalu.

Namun nilai untuk meletakkan diri mereka sebagai salah satu daripada 20 kelab elit Inggeris jauh lebih bermakna buat Hull, di mana promosi kali ini adalah tonik penting buat pemilik dari Mesir, Assem Allam yang kini terlantar di hospital.

“Saya rasa kami mempunyai terlalu banyak peluang keemasan tetapi mensia-siakannya, mujurlah Diame tampil dengan gol menakjubkan yang cukup penting dalam mana-mana final kejuaraan,” kata Bruce yang menjadi pengendali pertama memenangi empat promosi dalam era EPL. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA